TUNGGU 16

Uncategorized | 22 June 2026

Di seluruh dunia, semakin banyak negara memperkenalkan atau mempertimbangkan had umur minimum untuk penggunaan media sosial bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dalam talian seperti buli siber, eksploitasi seksual, penipuan, ketagihan digital serta pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai.

Langkah ini bukan bertujuan menyekat akses kepada teknologi, sebaliknya memastikan golongan muda dapat meneroka dunia digital dengan lebih selamat, bertanggungjawab dan bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.

Malaysia turut mengambil langkah ke hadapan dengan menetapkan umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial, sejajar dengan momentum global yang semakin memberi keutamaan kepada keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Teknologi harus melindungi anak-anak, bukan mendedahkan mereka kepada risiko.

Maklumat lanjut:

https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16