mcmc
Sejarah

Sejarah

 

Sejarah penubuhan kampung Selalang bermula pada tahun 1911 iaitu 104 tahun yang lampau. Ia wujud ekoran terbinanya sebuah kilang pemprosesan kayu balak. Kilang tersebut adalah ‘Island Trading Company Limited’.Keadaan ini disebabkan Kampung Selalang sangat berpotensi kerana dipersekitarannya terdapat hutan berpaya bakau yang tumbuh di sepanjang kawasan persisiran. Pada masa tersebut, kampung ini telah berada di bawah pengaruh British.

Seiring dengan arus permodenan zaman dan peralihan tampuk kepimpinan selepas merdeka, maka pada tahun 1959 satu lagi catatan sejarah berlaku di mana kilang memproses kulit kayu bakau telah bertukar kepada memproses Papan Kayu Lapis “plywood”. Ia diasaskan oleh sebuah syarikat dari Australia dan Amerika dan bertukar nama kepada ‘THE SARAWAK COMPANY (1959) SDN. BHD sehingga sekarang yang diterajui oleh waris mendiang Dato Hii Yew Peng iaitu usahawan dari Sibu, Sarawak. 

Kampung ini diberi nama kampung Selalang ekoran banyak lalang di kampung ini. Penduduk awal adalah terdiri daripada pekerja yang berasal daripada kampung yang berhampiran misalnya kampung Nyabor, Kabong, Sessang, Rajang dan sebagainya. Sumber ekonomi penduduk tempatan adalah daripada hasil pertanian, penternakan, perindustrian dan sebagainya. Kebanyakan penduduk tempatan adalah pekerja kilang. 

 

Sumber: Penghulu Kampung Selalang