mcmc
Maklumat Setempat

Program Solat Hajat & Restu Ilmu UPSR 2018

Pada 21 September 2018 (Jumaat), bertempat di SK Mandor Aris Selalang telah menganjurkan Program Solat Hajat Dan Restu Ilmu UPSR 2018,staff Pusat Internet turut dijemput sama untuk menghadiri program tersebut. Program ini bermula dari 7.30 pagi sehingga selesai majlis tersebut. Program tersebut dihadiri oleh pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2018,guru-guru sekolah, ibu bapa pelajar serta ketua-ketua masyarakat di Kampung Selalang. Semoga program ini dapat memberi semangat kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Semoga berjaya !