Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Saratok 2015
Tarikh : 3 OKTOBER 2015 (SABTU)
Masa : 10 Pagi
Tempat : Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok
Sempena Hari Wanita 2015 pihak Jabatan Penerangan Malaysia daerah saratok telah menganjurkan Program Sambutan Hari Wanita dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas dan Pusat Internet Fort Renee Saratok.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan termasuk ceramah Klik Dengan Bijak.Pusat Internet Fort Renee Saratok telah menjemput petugas Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Selalang untuk memberi ceramah Klik Dengan Bijak kepada golongan wanita yang hadir ke acara tersebut.