Program Klik Dengan Bijak (KDB) Serumpun dan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri telah dianjurkan oleh Pusat Internet kampung Selalang pada pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang KDB kepada AJK Pusat Internet dan Squad Volunteer Pusat Internet kampung Selalang di samping mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dan Pusat Internet yang terdekat. Pusat Internet yang turut datang untuk menjayakan program ini adalah Pusat Internet Fort Renee Saratok, Pusat Internet Pekan Roban dan Pusat Internet Kabong. Sambutan adalah amat menggalakkan dan semua peserta memberikan sokongan sepenuhnya dalam ceramah KDB tersebut.
Galeri Foto
27 July 2015