mcmc
Persatuan Wanita

Persatuan Pramusaji Kampung Selalang

 

Persatuan pramusaji ini telah dipengerusikan oleh Puan Nazirah Binti Abdullah yang melibatkan golongan wanita kampung Selalang khususnya golongan surirumah. Dalam persatuan ini, terdiri daripada golongan surirumah yang aktif dalam segala aktiviti persatuan. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu dalam proses kelancaran sesuatu majlis kenduri atau membantu supaya majlis tersebut teratur dari segi proses menghidang makanan kepada tetamu. Walaupun terdapat majlis yang menggunakan perkhidmatan katering, namun perkhidmatan persatuan ini turut diperlukan. Setiap individu yang ingin menggunakan perkhidmatan persatuan ini, yuran sebanyak RM100 sahaja dikenakan. Aktiviti bulanan persatuan ini adalah bergantung kepada permintaan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka. Walaubagaimanapun, pada bulan April 2015 yang lepas, aktiviti lawatan ke Serikin, Bau turut melibatkan smua ahli iaitu 35 orang. Duit hasil tabungan setiap ahli iaitu sebanyak RM10 sebulan sedikit sebanyak menampung pembayaran pergi dan balik ke destinasi tersebut. Manakala, sepanjang bulan Ramadhan iaitu pada bulan Jun 2015, kelas mengaji Al-Quran turut diadakan di masjid iaitu 3 kali seminggu. Dalam usaha untuk membantu golongan surirumah celik dan fasih Al-Quran, maka aktiviti ini amat bermanfaat.