Pada 3 Februari 2015 yang lepas, bertempat di Dewan Masyarakat kampung Selalang telah berlangsungnya ceramah yang telah disampaikan oleh pihak polis cawangan Sarikei. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung dengan peranan wanita khususnya surirumah berhadapan dengan pelbagai jenayah di sekitarnya. Surirumah bertindak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku jenayah di sekelilingnya. Suri rumah juga diberi pengetahuan berhubung jenayah siber yang sering berlaku dalam urusan harian dan dinasihatkan untuk berjaga-jaga. Sambutan penduduk kampung adalah amat menggalakan keran majoriti surirumah hadir memberikan sokongan dalam majlis tersebut.


