Pada 27 Julai 2015, petugas Pusat Internet kampung Selalang telah menerima 120 unit Netbook dan 10 LCD TV 32′ (TOSHIBA) oleh pihak Subalipack Sdn Bhd. TV tersebut perlu disimpan di Pusat Internet dan diagihkan sebagai hadiah melalui program di PI dan netbook perlu disimpan di Pusat Internet dan akan digunakan sebagai pinjaman untuk kegunaan komuniti setempat. Ahli sahaja yang dapat dibenarkan untuk meminjam netbook iaitu selama tempoh 30 hari, 1 unit untuk setiap ahli dan kumpulan dibenarkan untuk sebarang aktiviti komuniti. Diharap komuniti akan mengambil peluang dan memanfaatkan segala kemudahan yang ditawarkan di pi1m.


