Pelbagai produk pelancongan yang ditawarkan oleh Kampung Selalang. Antaranya adalah inap desa atau ‘homestay’ yang menjadi daya tarikan pelancong dari luar. Kepelbagaian cara hidup dan adat masyarakat setempat juga menjadi salah satu keunikan selain daripada keadaan kampung yang harmoni dan belum tercemar. Selain itu, kampung Selalang juga masih mengekalkan flora dan fauna yang mana menjadikan kampung ini sebuah kampung yang bersih dan aman damai dari hiruk-piruk bandar.