Pihak Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarikei telah mengadakan operasi pendaftaran bergerak bagi memudahkan penduduk kampung mendaftarkan kelahiran dan kad pengenalan untuk tujuan memperbaharui dokumen kad pengenalan, membuat salinan baru bagi yang hilang dan sebagainya. Lokasinya adalah di dewan masyarakat kampung Selalang dan telah dibuat pada 21 Januari 2015 sehingga 23 Januari 2015 iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sambutan penduduk kampung adalah amat menggalakan.