Sepanjang bulan Mac 2015, persiapan dan persediaan untuk mempromosi pi yang bakal beroperasi dalam masa terdekat sedang giat dijalankan. Setelah pihak Telekom Malaysia membuat keputusan untuk meluluskan UAT pi Kampung Selalang, maka ia secara tidak langsung sebagai ‘green light’ untuk petugas mempergiatkan lagi usaha untuk mempromosikan pi. Petugas telah mengedarkan ‘brochure’ kepada komuniti setempat, membuat hebahan dari mulut ke mulut, mempromosi ke sekolah-sekolah yang terdekat, dalam perjumpaan Amanah Ikhtihar Malaysia setiap mingguan, rumah-rumah panjang terdekat dan sebagainya. Petugas telah mengedarkan ‘brochure’ pi yang lengkap sekali dengan perkhidmatan yang ditawarkan di pi di samping penyertaan keahlian pi turut dibuka. Sambutan amat menggalakan dari segenap lapisan masyarakat dan peringkat umur.