mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

 

 

 

Kampung Selalang merupakan sebuah kampung yang terletak di bandar Sarikei. Jarak antara kampung dengan bandar Sarikei adalah kira-kira 38 kilometer. Pelbagai latarbelakang dan kaum yang tinggal di kampung tersebut misalnya kaum Melanau, Melayu, Cina, Iban dan sebagainya. Majoriti penduduk tempatan adalah pekerja kilang di samping menjadi nelayan, petani, penjawat awam dan bekerja sendiri. 

 

LOKASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG SELALANG

 

NADI Kampung Selalang terletak di kawasan yang srategik iaitu laluan utama antara Sarikei dan Kuching. Selain itu, kampung-kampung yang berhampiran seperti kampung Nyabor, Sessang, Gerigat dan Kabong juga menggunakan Kampung Selalang sebagai laluan pintas untuk ke bandar Sarikei. Oleh sebab itu, NADI Kampung Selalang menjadi tumpuan penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya.

 

 

 (Peta lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Selalang)

 

 

PARLIMEN KAMPUNG SELALANG

 Kod 
 Kawasan       Nama Ahli Parlimen 
 P206   Tanjung Manis   Y.B Yusuf Bin Abdul Wahab 
  N41  Kuala Rajang  Y.B Datu Haji Len Talif Salleh