Pada 25 Ogos 2018 (Sabtu) bertempat di Masjid Al-Ansar Kampung Selalang telah berlangsungnya gotong royong sempena Majlis Qurban Peringkat Kampung Selalang bermula dari jam 7.00pagi. Majlis Qurban yang sepatutnya berlangsung pada 22 Ogos 2018(Rabu) telah ditunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, majlis qurban berjalan dengan lancar dan meriah kerana penduduk kampung beramai-ramai bergotong royong untuk melapah dan mengagihkan ibadah korban
