mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Syazwan Azizi Bin Sholhamid

USAHAWAN KECIL

Nama : Syazwan Azizi
Umur : 19 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Syazwan Azizi merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan perniagaan kedai menggunting rambut yang diberi nama “The Barber Shop by Syazwan” sejak dari tahun 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan program-program yang dianjurkan oleh PI, pendapatan beliau sebulan adalah kurang daripada RM100 kerana kurangnya promosi.  Selain daripada itu, pelanggan beliau hanya terdiri daripada teman-teman rapat sahaja dan beliau menjalankan perkhidmatan menggunting rambut di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas serta tunjuk ajar petugas PI, beliau mula mempromosikan perniagaan beliau di media social di samping sering berkunjung ke PI untuk menggunakan internet bagi membuat carian mengenai stail terkini menggunting rambut bagi memenuhi permintaan pelanggan.  Selain daripada itu, pelanggan beliau mulai bertambah terutamanya ketika musim cuti sekolah ataupun sebelum bermulanya musim persekolahan.  Kini pendapatan bulanan beliau memcecah lebih daripada RM100 dan juga kini beliau telah membuka sebuah kedai menggunting rambut sesuai dengan bajet yang ada.