mcmc
Keusahawanan

KEUSAHAWANAN – Julidawaty Binti Jumaat

Nama : Julidawaty Binti Jumaat
Umur : 28 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Julidawaty merupakan salah seorang usahawan sepenuh masa bagi jualan kraftangan felt dalam penghasilan keychain dan pencil box. Kraftangan felt ialah kraftangan yang dihasilkan menggunakan kain felt.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu kerana penghasilan kraftangan tersebut bergantung dengan tempahan orang tempatan. Dari segi promosi, beliau hanya mempromosikan produk jualannya melalui facebook dan offline iaitu dari mulut ke mulut dalam kalangan penduduk Kg Selalang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg. Selalang, beliau kini telah memiliki akaun Dashboard (MyShop) sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui Dashboard (MyShop) tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM50 – RM100.