mcmc
Kesihatan

Kesihatan

hospitalsarikei.jpg

Penduduk kampung Selalang mendapatkan rawatan dan saringan kesihatan daripada klinik dan hospital yang berdekatan. Klinik 1Malaysia Pekan Jakar, Klinik Kesihatan Sarikei dan Hospital Sarikei merupakan pusat kesihatan yang terdekat. Kampung Selalang tidak mempunyai klinik desa disebabkan jarak dan kepadatan penduduk yang kurang menyebabkan pusat kesihatan tidak dibina di kawasan tersebut.

  • Hospital Sarikei

 

Hospital Sarikei merupakan hospital yang menjadi tumpuan warga Sarikei untuk mendapatkan rawatan disamping menjadi pusat rujukan yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang moden dan terkini. Hospital ini terletak di Jalan Rentap, iaitu kira-kira 6km dari pusat bandar. Pada 15 Februari 2006, hospital ini secara rasminya telah beroperasi sepenuhnya selepas pembinaannya pada 1 Julai 2001. 

Hospital ini mempunyai keluasan kira-kira 38 hektar. Ia merangkumi Kompleks Perubatan, Blok Perubatan, Blok Kediaman Kakitangan, Asrama Jururawat, Bangunan Perkhidmatan Sokongan, Gelanggang Permainan, Tempat Letak Kereta dan Tempat Mendarat Helikopter.

Hospital ini dilengkapi dengan 212 buah katil berbanding dengan awal pembukaannya, iaitu sebanyak 112 buah katil sahaja beroperasi. Perancangan hospital pada masa hadapan adalah akan dapat menampung sebanyak 268 buah katil. Kini, Hospital Sarikei telah beroperasi dengan 182 buah katil. 

 

  • Klinik Kesihatan Sarikei (Poliklinik Kesihatan Bahagian Sarikei)

images.jpg

Klinik Kesihatan Sarikei terletak di Jalan Hospital Lama, iaitu kira-kira 2km dari pusat bandar. Ia menjadi tumpuan masyarakat sekitarnya untuk mendapatkan rawatan. Perkhidmatan Klinik Pergigian turut disediakan bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Jadual operasi Klinik Kesihatan Sarikei adalah setiap hari Isnin hingga Jumaat iaitu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Klinik akan ditutup pada cuti umum dan cuti hujung minggu. 

 

  • Klinik 1Malaysia Jakar, Pekan Jakar Sarikei

 

Klinik ini terletak di pekan Jakar iaitu 15km dari pusat bandar. Ia memberikan manfaat kepada penduduk yang tinggal di sekitarnya. Penubuhan klinik ini bertujuan untuk memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka tidak perlu berkenderaan ke klinik-klinik kesihatan yang jauhnya sehingga 10km dari rumah. Selain itu, klinik ini juga menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes berat akan dirujuk ke klinik kesihatan dan hospital berdekatan. Klinik ini beroperasi pada setiap hari bermula pada pukul 10 pagi hinggga 10 malam. 

 

 

 

*** Sumber: Laman web rasmi Hospital Sarikei

                : Kementerian Kesihatan Malaysia