Hari Bersama PJL Kampung Selalang telah diadakan pada 24 Disember 2014 bertempat di Perpustakaan Jalur Lebar Selalang. Penyertaan pi Kampung Selalang dan pi Pekan Roban secara tidak langsung dalam majlis tersebut dapat memupuk semangat kerjasama di samping mengeratkan silaturahim antara PJL dan pi yang berdekatan.
Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan termasuklah pertandingan mewarna online, membina menara menggunakan surat khabar secara berkumpulan, meneka puzzle, menyambung dan membina perkataan, menaip terpantas, kuiz ICT dan sebagainya. Semua peringkat umur telah menyertai program ini dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat.