mcmc
Galeri Foto

Hari Bersama Pusat Internet Pekan Roban pada 17.12.14

Pada 17 Disember 2014 yang lalu, Pusat Internet Pekan Roban telah menganjurkan Hari Bersama. Penyertaan pi yang berdekatan adalah bertujuan dalam memastikan segala aktiviti yang dirancangkan berjalan dengan lancar disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Pi yang terlibat adalah pi Saratok dan pi Kampung Selalang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan misalnya Klik Dengan Bijak, pertandingan membuat poster, kuiz ICT dan sebagainya.

Selain itu, penyertaan agensi kerajaan misalnya Jabatan Penerangan dalam memastikan segala audio sistem dapat digunakan dengan sempurna juga turut membantu dalam menjayakan majlis ini. Jabatan kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat ujian saringan kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia turut memberi pendedahan tentang bahaya dadah dan jenis penyalahgunaan dadah, di samping pihak Job Malaysia iaitu Jabatan Tenaga Kerja Malaysia turut memperkenalkan sistem untuk memudakan orang ramai membuat permohonan untuk pencarian kerja secara online. 

Penyertaan daripada pihak kerajaan dan swasta dalam majlis ini dapat membantu menjayakan majlis ini disamping dapat memperkenalkan pi kepda komuniti setempat dan diharap dengan kewujudan pi ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti tersebut.