Gotong-royong sempena menyambut ketibaan bulan Syawal turut diadakan di Pusat Internet kampung Selalang iaitu pada 9 dan 10 Julai 2015. Tujuannya dalah untuk menceriakan kawasan Pusat Internet di samping dapat mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli Pusat Internet 1Malaysia. Penyertaan ahli-ahli Pusat Internet dalam acara gotong-royong ini amat menggalakkan dan memberi kerjasama yang amat baik.