BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENGIKUTI TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK
| Nama | : Muhd Fitri Adli Bin Azhar |
| Umur | : 11 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Adik Muhd Fitri Adli merupaka seorang pelajar sekolah rendah di SK Mandor Aris Kg Selalang. Beliau berusia 11 tahun dan merupakan salah seorang ahli PI Kg Selalang yang kerap datang ke PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sepanjang adik Muhd Fitri Adli datang ke PI, saya mendapati beliau tidak mahir dalam menggunakan internet dengan cara yang betul dan beliau juga tidak mahir dalam penggunaan computer bagi memudahkan sebarang kerja terutamanya kerja sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas-kelas yang telah dihadiri seperti kelas Advokasi Klik Dengan Bijak, kelas computer dan lain-lain, adik Muhd Fitri semakin mahir dalam menggunakan internet sebagai platform untuk mencari maklumat-maklumat selain daripada sudah pandai membuat emel sendiri.