Pihak PDRM cawangan Sarikei telah mengadakan ceramah yang bertempat di Dewan Masyarakat kampung Selalang iaitu pada 3 Februari 2015. Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan berhubung dengan peranan wanita khususnya surirumah berhadapan dengan pelbagai jenayah di sekitarnya. Surirumah bertindak […]
Pada 14 Februari 2015, pihak astro Sarikei telah memasang siaran astro yang merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet kepada komuniti yang mengunjungi Pusat Internet . Kemudahan ini dapat dinikmati secara percuma sekiranya mengunjungi Pusat Internet dan […]
Pada 29 Mei 2015 yang lepas, guru dan para pelajar Tabika KEMAS kampung Selalang telah mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Internet Kampung Selalang. Seramai 17 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Pelbagai aktiviti telah […]
Pihak Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sarikei telah mengadakan operasi pendaftaran bergerak bagi memudahkan penduduk kampung mendaftarkan kelahiran dan kad pengenalan untuk tujuan memperbaharui dokumen kad pengenalan, membuat salinan baru bagi yang hilang dan sebagainya. Lokasinya adalah di dewan masyarakat kampung […]
Hari Bersama Pusat Jalur Lebar Kampung Selalang telah diadakan pada 24 Disember 2014 yang disertai oleh Pusat Internet PEkan Roban. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan termasuklah mewarna online, pertandingan membina menara menggunakan surat khabar, meneka puzzle, menyambung dan membina […]
Pemasangan mesin ricoh telah dibuat pada 15 April 2015 dan perisian telah dimasukkan dalam komputer riba petugas. Petugas telah diberikan penerangan dengan lebih terperinci mengenai penggunaan mesin ricoh tersebut.
Lawatan pihak Bomba dan Penyelamat Sarikei diadakan pada 22 Mei 2015 untuk memeriksa struktur bangunan dan lulus untuk pemeriksaan bahaya kebakaran.
Gotong-royong tersebut diadakan pada 10 Julai 2015. Penyertaan ahli-ahli Pusat Internet Kg Selalang adalah amat menggalakan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Tujuan ia diadakan adalah untuk menceriakan kawasan Pusat Internet dari luar dan dalam di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim […]
Pada 27 Julai 2015, petugas Pusat Internet kampung Selalang telah menerima 120 unit Netbook dan 10 LCD TV 32′ (TOSHIBA) oleh pihak Subalipack Sdn Bhd. TV tersebut perlu disimpan di Pusat Internet dan diagihkan sebagai hadiah melalui program di PI […]
Program Klik Dengan Bijak (KDB) Serumpun dan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri telah dianjurkan oleh Pusat Internet kampung Selalang pada pukul 2.00 hingga 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang KDB kepada AJK Pusat Internet dan Squad Volunteer […]