Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Selalang Sarikei, ditubuhkan pada tahun 2014 dan telah beroperasi pada 18 Mei 2015 setelah mendapat kelulusan daripada pihak Telekom Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Lokasinya adalah terletak di Jalan Bunga Tanjung, Selalang yang merupakan laluan utama antara penduduk kampung hilir dan kampung masjid baru, Selalang. Jadual operasi PEDi Kg Selalang adalah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan ia dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum.
Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di NADI Kg Selalang antaranya adalah perkhidmatan penggunaan internet, fotostat, cetakan, pengimbas, binding, laminate, sewaan bilik latihan, sewaan penggunaan soket, penggunaan ‘headphone’ dan sebagainya. Cas penggunaannya adalah berpatutan dan berbeza antara ahli dan bukan ahli NADI . Selain itu, khidmat latihan dan bimbingan kursus ICT adalah diberikan secara percuma kepada ahli NADI .
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Selalang juga akan menjadi sebuah ‘One Stop Center’ yang menawarkan perkhidmatan mengakses internet dan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti setempat. Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Selalang juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang berinformasi, pusat pelbagai perkhidmatan, pusat pengetahuan IT, pusat maklumat keusahawanan dan pusat pendidikan.
