mcmc
Galeri Foto

Penerimaan dan pengagihan Netbook dan TV untuk Pusat Internet pada 27.7.2015

Pada 27 Julai 2015, petugas Pusat Internet  kampung Selalang telah menerima 120 unit Netbook  dan 10 LCD TV 32′ (TOSHIBA) oleh pihak Subalipack Sdn Bhd. TV tersebut perlu disimpan di Pusat Internet dan diagihkan sebagai hadiah melalui program di PI dan netbook perlu disimpan di Pusat Internet  dan akan digunakan sebagai pinjaman untuk kegunaan komuniti setempat. Ahli sahaja yang dapat dibenarkan untuk meminjam netbook iaitu selama tempoh 30 hari, 1 unit untuk setiap ahli dan kumpulan dibenarkan untuk sebarang aktiviti komuniti. Diharap komuniti akan mengambil peluang dan memanfaatkan segala kemudahan yang ditawarkan di pi1m.