HARI DASHBOARD BERSAMA USAHAWAN BERJAYA KG SELALANG 2016
Tarikh : 20 November 2016 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Selalang
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan suasana Program Dashboard Bersama Usahawan Berjaya 2016 anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Selalang dengan Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Sarikei. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan meneka buah-buahan, pertandingan meneka bilangan kacang, ceramah dashboard (Mykomuniti & Myshop) serta kuiz, ceramah Klik dengan Bijak serta kuiz, pertandingan booth usahawan tercantik, pertandingan kraftangan tercantik dan pertandingan usahawan online paling aktif. Selain itu, terdapat pelbagai gerai makanan dan minuman yang disediakan dan cabutan bertuah turut diadakan bagi pengunjung yang datang ke program tersebut.






































